2 Jan 2017

KUAT


2 daripada 365.

Alhamdulillah, hampir kesemua azam tahun ni tercapai. Syukur ke hadrat Ilahi.

Banyak kenangan indah mahupun kenangan pahit yang ingin diungkapkan, tapi biarlah setiap yang terjadi itu tersimpan dalam memori sendiri. Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Kadang kala, ia lebih menyakitkan. Tapi hakikat itu yang kita perlu pegang. 

Manusia, tiada yang sempurna. Kau, aku, kita semua SAMA di sisi-Nya.

Alhamdulillah, terima kasih buat ahli keluarga, dan sahabat handai yang masih di sisi. Terima kasih juga buat mereka yang 'pergi' sekaligus berjaya membuka mata hati seorang gadis yang masih terkapai-kapai mencari erti hidup, begitu juga erti persahabatan. 

Hari-hari mendatang dilalui dengan muhasabah diri, menggarap segala kemanisan dan kepahitan hidup agar segalanya menjadi teladan pada diri sendiri.

Azam 2017 digenggam. Kuat. Semoga dipermudahkan.
11:05 / by / 0 Comments

No comments:

Post Top Ad